November 15, 2020

Pengenalan bimbingan dan kaunseling

Apa itu Bimbingan dan Kaunseling?







        Bimbingan dan kaunseling adalah salah satu cabang ilmu psikologi. Mengikut English dan English (1980), kaunseling adalah satu perhubungan 'menolong' yang melibatkan penolong dan individu yang ditolong, la sama seperti yang dinyatakan oleh Burk dan Steffire (1979), kaunseling melambangkan satu perhubungan antara kaunselor yang terlatih dan orang yang menghadapi masalah.
        Menurut Gladding (2003) pula, kaunseling ialah proses menolong individu yang normal dan menyelesaikan masalah berkaitan tugas-tugas perkembangan dan keadaan emosi dan fikiran yang dihadapi oleh klien.
 
        Dalam Akta Kaunselor (1998), menjelaskan kaunseling adalah suatu proses sistematik bagi membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor mengikut kod etika kaunseling bagi mencapai sesuatu matlamat kaunseling, Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa proses kaunseling melibatkan seorang kaunselor dan seorang klien yang mempunyai matlamat yang sama iaitu berusaha mencapai matlamat sesi kaunseling.

        Perkataan bimbingan juga tidak asing lagi dalam bidang kaunseling. la adalah proses yang melibatkan seorang individu yang terlatih dengan seorang individu yang memerlukan bantuan. Bimbingan melibatkan proses memberi bantuan, tunjuk ajar, nasihat, membimbing dan sebagainya untuk mencapai matlamat tertentu yang telah ditetapkan sejak awal sesi. 

                Menurut Sabariah (2003), bimbingan ialah proses menolong orang lain membuat pemilihan penting yang memberikan kesan kepada gaya hidupnya manakala menurut Abdul Malek (2003), bimbingan adalah proscs membantu individu mecmahami diri dan dunia sckelilingnya supaya ia mampu menggunakan kcboleh- an, keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya.

               Menurut James (1997) dan Gladding (2003), bimbingan melibatkan pertolongan peribadi yang diberikan oleh seorang bagi menolong individu membuat keputusan ke arah yang dituju, dan mencapai tujuannya dengan cara yang paling baik. Menurut Crow dan Crow (1960), bimbingan dianggap se- bagai suatu proses pendidikan. Manakala, menurut Shertzer dan Stone (19s1), bimbingan ialah pertolongan yang diberikan kepada pelajar-pelajar yang biasanya sedang dalam perkembangan atau pertumbuhan mental, sosial, intelek, fizikal, emosi, kejiwaan dan kerohanian.



RUJUKAN

  • Arip, M. A., Bistaman, M. N., Jusoh, A. J., Salim, S. S., & Saper, M. N. (2009). Kemahiran bimbingan dan kaunseling. Kuala Lumpur: PTS Publications.


       

No comments:

Post a Comment

Pendekatan dalam bimbingan dan kaunseling

 APAKAH PENDEKATAN YANG TERDAPAT DALAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING? Setiap pendekatan mempunyai tema penting yang mempengaruhi arah program ser...